Monday 31 October 2011

Cerita Seorang Teman

Al kisah berlaku kepada seorang perempuan.......

Biar aku nama kan dia Yati(bukan nama sebenar)..dan kekasih hati nya bernama Kamal(bukan nama sebenar)..mereka ini sgt lah loving couple sehingga kan mata-mata yang memandang tak kan tahu apa yang ade di dalam hati Yati..

pertamanya,mereka telah pun berkawan semenjak kecik, begitu akrab dan seperti tidak dapat dipisahkan lagi.. orang kampung tahu akan percintaan mereka itu..segala tohmahan org sekeliling tidak diendahkan.. asalkan mereka berdua bersama-sama melalui onak dan duri..

cerita luka nya bermula ketika mereka telah dewasa,dek kerana arus permodenan dan terjebak dengan keadaan maka si Kamal telah berubah kelakuan dan hala tuju hidup.. tidak dinafikan si Kamal ini sgt sayangkan Yati tetapi bagi diri Yati sayang,cinta dan wang ringgit tidak lagi menjadi ukuran kerana perangai Kamal yang banyak berubah..

diri Yati yang begitu naif diherdik,ditohmah seperti tiada lagi harga diri dan maruah buat perempuan sepertinya..Kamal yang telah pun bekerja besar mula mendabik dada, melupakan saat-saat susah bersama Yati..ada sahaja perkara yang buruk tentang Yati,ini tak kene itu tak kene..buat ini kene marah,keluar bersama kawan kene marah.sehinggakan Yati terpaksa melupakan kawan-kawan demi insan bernama Kamal.

Yati telah berusaha menjadi yang terbaik supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama Kamal tetapi segala perlakuan Yati langsung tidak dihargai oleh Kamal..hati Yati hancur..cinta yang dibina seakan tiada penghujung..

conclusion- teman itu juga tidak tahu akan penghujung cinta mereka..

weyyy,takut plak dgr cerita seorang teman ini! moga2 hidup aku dan ayoi bahagia hendaknya.. aminnn!

1 comment: